Saturday, September 14, 2019
Budapest
Aku sampai ke kota Budapest dari Prague selepas menaiki bus selama 5 jam melalui Slovakia. Perjalanan tidaklah menjemukan kerana pemandangan merentasi ladang ladang yang diusahakan kemas serta kehijauan dan bus singgah di 2 bandar besar iaitu Byro dan Balistava.,
Sesampai di stesyen bas Budapest, akungan mempunyai impression seolah Budapest ialah kota di dunia ketiga memandangkan bangunan di sekelilingdiri stesyen dan tramnya, tapi satelahBuda mmemasuki tengah kota, impression ku berubah.
Liameb
Peninapan ku di sini betul betul di tengah kota. Banyak kedai makan, kedai beraneka barang dan bar serta cafe di kawasan ini. Pukul 2 pagi masih lagi bising dengan pelanggan.
Budapest terdiri dari 2 bandar iaitu Buda dan Pest yang di pisahkan oleh Sungai Danube. Ia menjadi pusat kerajaan Hungary sejak dulu dan bangunan parliamennya berbentuk gothic yang tersergam menjadgai mercu kota ini. Susun atur bangunan bangunan yang diselang seli dengan taman bunya sangat menyalaman bagi pejalan kaki.
Di sebelah sana sungai terdapat Castle Hill yang menjadi benting pertahan kota. Di sinilah ada istana raja di puncak bukit yang memperlihat pemandugan Sungai Danube yang cantik. Merentasi sungai yang di lalui oleh kapal kapal pelancung dan komersial terdapat 3 jambatan, satu darinya jambatan gantung yang ramai dilalui pelancung berjalan kaki.
Kota ini mempunyai sejarah menarik kerana sejarah lampau sasaran jirannya saperti German, Austria, Mongol, Turkey, dan Russia. Ia juga bandar terbesar penduduk Yahudi sebelum perang dunia ke2 sehingga digelar Mecca untuk orang Yahudi. Komuniti Yahudi dengan synogue yang besar masih aktif di bandar ini
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment