Saturday, September 14, 2019

Amsterdam

Kota Amsterdam adalah antara kota yang tak pernah jemu aku kunjungi walaupun sudah enam tujuh kali aku disini sejak tahun 1983. Aku tiba di Amsterdam awsl pagi dengan keretapi dari Paris. Secara fisikalnya Station Centrum masih kelihatan sama dengan tram menunggu di luar station membawa penumpang ke berbagai destinasi kota. Aku menaki tram ke hotel yang kira kira 15 minit perjalanan

Selesai check in aku menaiki tram semula ke kawasan Rembrent di tengah kota di mana tugu Rembrent di kelilingi pengawal pengawal bersize human. Dari situ aku berjalan menuju ke Dam di mana terdapat satu square di keliliigi bangunan lama dan tugu tugu tokoh bersejarah bersejarah. Tempat ini padat dengan lokal dan pelancung Dalam hiruk pikuk orang ramai, aku dapati polis polis berkuda memacu kuda dan beberapa truck polis dalam position siap sedia. Rupanya di seberang sana square ada demonstrasi peminat kelab bola sepak bekumpul dan menyanyi lagu pasukan mareka. Polis bergerak ke arah mareka sambil melaung ingatan bersurai tapi ahli kelab masih tidak berganjak malah masih menyanyi. Polis tidak membuat apa apa lebih dari setakad amaran bersurai , dan lama kelamaan peminat kelab dengan sendiri meninggalkan square itu sambil menyanyi untuk bergerak ke stadium entah di mana.

 Aku bergerak ke kawasan Red District untuk menekmati suasana canels dan kedai kedai di lorong lorong  podestrian yang sempit. Keadaan tempat ini memang tidak berubah walaupun sudah hampir 50 tahun dulu aku disini.Berbagai bentuk bot komersial dan rekreational mudar mandir sepanjang canel. Kedai kedai sex, bar  muzik bob marley dengan bauan ganja dan arkitektur bangunan tidak berubah.  Ada beza pun dari segi pengunjung yang penuh sesak di kawasan ini berbanding dulu.

 Esoknya pagi pagi lagi aku sudah menaki tram ke kompleks muzium Amsterdam. Ada 2 muzium terkemuka di sini iaitu Muzium Van Gosh dan Muzium Ratj. Kerana kedua muzium sudah kehabisan tikit dan full house dan aku tak ada punya masa menunggu, aku rasa cukup puas menekmati suasana santai taman dan istana raja Rajs saja.

 Hari terakhir aku gunakan untuk berbasikal di Amsterdam , satu kultur gaya hidup orang Belanda. Aku mula kayuhan sepanjang  trek basikal Sungai Amstel dari muara mudik ke hulu. Pemandangan di kawasan hulu sangat tenang dan kehijauan. Aku sampai ke koloni gaya hidup hijau tanpa kereta di mana rumah rumah kecil dengan taman diselenggara rapi di duduki oleh penghuni yang komital dengan gaya hidup sebegini. Dari hulu sungai aku berbasikal semula ke kawasan bandar dengan route lain sambil berhenti di banyak taman taman  rekreasi yang tidak ada kereta untuk bersantai. Bolehlah aku katakan ini kawasan suburb Amsterdam , dan masuk semula pinggir bandar yang bersirat dengan canels yang dilalui oleh berbagai jenis bot. Kerana aku asyik berhenti menghayati keindaham kawasan kawasan yang aku lalui Aku tak sempat ke pasar terbuka yang menjual berbagai antik dan curio kerana hari sudah gelap dan peniaga sudah punggah jualan.

 Walaupun pertama kali berbasikal di Amsterdam, aku hanya perlu sedikit masa memahami trek trek basikalnya. Amserdam mempunyai infrstrutur berbasikal yang lengkap dengan lorong basikal khas, bertrafik light dan bersign board serta rangkaian penyewa basikal dengan bermacam jenis basikal untuk semua peringkat umur. Aliran trafik yang berdisiplin membuat kayuhan lebih mudah walaupun di pusat kota. Malam itu aku terlena awal kerana kepenatan dan tidak mahu  risiko terlepas keretapi pagi ke Brussel

No comments: